Cara mengatasi kemiskinan Kemiskinan

  • Usaha Individu
    Seseorang boleh berusaha untuk menyelesaikan masalah kemiskinan yang dihadapi, dan salah satu cara berkesan untuk mengatasi kemiskinan adalah melalui pendidikan. Pendidikan merupakan cara yang berkesan untuk mengatasi kemiskinan kerana dengan pendidikan yang tinggi, seseorang boleh keluar dari kepompong kemiskinan dengan mendapatkan pekerjaan yang dapat menjamin masa depan dan ekonomi yang lebih baik.
  • Bantuan kepada golongan miskin
    Memberi bantuan kepada golongan miskin merupakan satu cara yang baik untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam masyarakat. Namun begitu, cara seperti ini tidak akan dapat meringankan beban golongan miskin kerana bantuan yang diberikan sama ada dari kerajaan, agensi kebajikan ataupun perseorangan hanya dapat bertahan dalam jangka masa yang pendek.
  • Pembangunan Ekonomi
    Pembangunan ekonomi bermaksud penambahan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran di sesebuah negara. Pembangunan ekonomi merupakan cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah kemiskinan. Tetapi ia harus disertai dengan pengagihan pendapatan yang adil dalam masyarakat. Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa cadangkan pembangunan ekonomi sebagai faktor yang paling penting dalam mengatasi kemiskinan.
  • Pembangunan Masyarakat
    melalui program pembangunan masyarakat seperti seperti Projek Satu Daerah satu Industri, 1 Kampung 1 Produk (1K1P) dan program Usahawan Desa.[6]
  • Pasaran bebas
    Milton Friedman dan lain-lain mencadangkan pasaran bebas untuk bagi pembangunan ekonomi dan mengatasi kemiskinan. Jika ada pembangunan ekonomi ada pula pengurangan kemiskinan. Jika KDNK tumbuh dengan 1% kemiskinan akan dikurangi dengan lebih kurang 1%.[7][8]